Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail umum senarai portfolio Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Kerajaan Perpaduan Pahang, 12 hari selepas istiadat mengangkat sumpah jawatan.
Serentak itu, Wan Rosdy mahu barisan EXCO yang dilantik segera bekerja untuk rakyat kerana prestasi mereka akan dinilai semula empat atau lima tahun akan datang.